Malaysia Crime Logo

Lelaki mati ditembak

3 years, 7 months ago at Kangar, Perlis on 14 Nov 2009 reported by Grissom // 11 comments

KANGAR 14 Nov. - Mungkin disebabkan terlalu marah kerana masalah tidak selesai dan terpaksa pula berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumah di Guar Sanji, Arau selepas ditinggalkan rakan-rakan, seorang pemuda terdorong mahu membelasah dan membunuh semua rakannya itu.

Tetapi malang kemarahan Mohd. Taufiq Norzan, 21, membawa padah apabila dia akhirnya ditembak oleh anggota polis yang gagal untuk memujuk dan mengawalnya supaya bertenang. Kisahnya bermula apabila rakan- rakannya itu menjemput Mohd. Taufik di rumahnya pada kira-kira pukul 10 malam dipercayai untuk berhibur di Alor Setar dengan menaiki kereta sebelum kemudiannya dia ditinggalkan di bandar itu. Dia terpaksa pulang berjalan kaki kerana tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam. Setibanya di Arau kira-kira pukul 5 pagi, Mohd. Taufiq terus mencari rakan-rakan itu dengan mangsa pertama, seorang kontraktor berusia 23 tahun.

Dia dipercayai dibelasah oleh Mohd. Taufiq dengan besi dan kayu kira- kira pukul 5.30 pagi sehingga cedera di badan, muka dan tangan. Mangsa menerima beberapa jahitan akibat luka dan dirawat sebagai pesakit luar. Selepas itu, Mohd. Taufik terus ke Balai Polis Arau mengadu dianiayai rakan-rakannya dan mahu membalas dendam.

Setelah gagal dipujuk bertenang oleh polis, dia pulang ke rumah manakala polis menghubungi bapanya, Norzan Abdul Rahim, 47, kira-kira pukul 6.30 pagi supaya mententeramkan Mohd.Taufiq. Setibanya di rumah, Mohd. Taufiq mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan daging milik ibunya, Salmiah Ismail, 45, dan terus keluar menuju ke rumah rakannya. Ketika berjalan kaki ke rumah rakannya, Mohd. Taufiq sekali lagi dipujuk oleh bapanya dan sepasukan anggota polis, tetapi gagal sebelum dia ditembak mati kira-kira pukul 8.15 pagi di kawasan tapak Pasar Sehari Guar Sanji.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis berkata, pihaknya terpaksa menembak Mohd. Taufik demi ketenteraman awam.

"Kira-kira pukul 5.30 pagi pemuda itu mencederakan rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun. Selepas dicederakan, mangsa membuat aduan di Balai Polis Arau menyatakan dia diancam bunuh oleh penyerang terbabit. "Pemuda yang menyerang itu juga ke Balai Polis Arau menyatakan dia mahu membunuh seseorang. Pemuda yang mengamuk tadi kemudian pulang ke rumah. Polis mengekorinya sambil memujuk,tetapi tidak diendahkan," ujarnya.

Kata Jamshah lagi, kira-kira pukul 8 pagi, Mohd. Taufik bertindak semakin liar sambil menjerit-jerit, melompat dan mengancam keselamatan penduduk tempatan. "Setelah keadaan semakin tidak stabil polis melepaskan tembakan amaran ke udara. Namun demikian, pemuda itu didapati semakin hilang kawalan hingga mahu menyerang anggota polis yang memujuknya.

"Ketika pemuda yang bersenjatakan pisau pemotong daging bertindak di luar kewarasan untuk menyerang seorang anggota polis, anggota polis itu terpaksa melepaskan tembakan. "Selepas ditembak, pemuda itu bertindak lebih agresif. Bagi memudahkan kami mengawalnya, polis terus menggarinya. Setelah dia semakin tenang, pemeriksaan mendapati tembakan yang dituju ke kakinya telah terkena badan," ujarnya.

Mohamad Taufik, seorang peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Sementara itu, Norzan berkata, dia akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis yang disifatkan bertindak tidak profesional. Dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendakwa mendengar tiga das tembakan. "Selepas mendengar tembakan, saya berlari ke arah tempat itu dan mendapati Mohd. Taufiq terbaring akibat tembakan di dada," katanya. Norzan berkata, isterinya pengsan setelah mengetahui anaknya mati ditembak oleh polis.

[utusanperlis@utusan.com.my ]

Update this Crime Report

written about 3 years, 6 months ago by parpu:

Kena gari, tapi mangsa boleh ancam polis dengan pisau pemotong daging. Macam cerita doraemon lah pulak. Macamana orang kena gari boleh pegang pisau???


written about 3 years, 6 months ago by sabahcrew:

alahh bro.. u ni crta x abis baca da memandai nk bg komen.. "selepas d tembak pmuda itu bertindak lbh agresif.. bg mmudahkan kmi mngwalnya.. polis trus menggarinya.. setelah dia smkin tenang.. pmriksaan mndapati tmbkan yg dtuju ke kakinya tlh tkena bdn.." ada fhm ka? wktu dia kena gari tu.. kra saat tembak mnembak tu da slsai la.. n wktu dia mengamuk tu.. dia blum kena gari la.. inilah sft sglintir rakyat.. sllu mnyalahkan pihak PDRM yg sntiasa mnjaga ktenteraman awam tnpa mngira msa.. Salam 1MALAYSIA kpda semua..


written about 3 years, 6 months ago by ROY:

ala bro......polis kan diajar cara mengunakan senjata api.....tembak tuju kat kaki,mcm mane kena kat dada lak.? kire polis tu lum mahir guna senjata lah.....so kena kursus balik lah.HAIRAN BIN AJAIB


written about 3 years, 6 months ago by JJ:

Apa lah polis tersebut, tak patut lepaskan tembakan!! Sepatutnya gunalah pemedih mata seperti pepper-spray sudah! Bukan ke sekarang dah ada pistol-elektrik (saya tak tahu apa namanya). Kalau guna itu kan lebih selamat? Lihat sekarang? Nak salahkan siapa kalau bukan silap polis tersebut? Nak tembak kaki tertembak dada. Nyawa bukan boleh dirawat!

Memang lah budak tu mengamuk, dah kena jalan kaki 50KM! Penat tuh!

I harap keluarga mangsa dapat keadilan sewajarnya. Kalau tak, memang tercalar la imej PDRM di mata saya. Sekian.


written about 3 years, 6 months ago by Hamid Junid:

kurang ajar punya kawan2! tapi sedih lah pulak sebab alasan pergi sejauh 50km dari rumah mereka tu ialah berhibur....

satu lagi, saya percaya polis tembak tu dalam keadaan mangsa mngamuk2. i guess thaht make sense because mangsa bukannya berdiri statik dan mungkin tengah terlompat2 ke kan...

"Selepas ditembak, pemuda itu bertindak lebih agresif. Bagi memudahkan kami mengawalnya, polis terus menggarinya. Setelah dia semakin tenang, pemeriksaan mendapati tembakan yang dituju ke kakinya telah terkena badan," ujarnya. Agaknya dia lebih agresif sebab menahan kesakitan akibat ditembak di dada.


written about 3 years, 5 months ago by keyme:

penggunaan pistol sudah ketinggalan zaman,dan patut di tukar menggunakan pistol renjatan elektrik,seperti di gunakan oleh polis amerika.


written about 3 years, 5 months ago by we know it:

yg mati tue sepupu mmber gua... nie kes mmg xcantik... yg tulis bnda nie pown x cantik... arwah kene tembak lepas kene gari!!... org kampung smua nmpak... knape kene tembak org tue lepas da gari... "setelah dia smakin tenang"..ape tue? kpala depa!!!..."tembakan yg di tuju ke kaki terkena dada"... da gari da tyme tue...arwah da melutut da...paamm! pi tembak.. polis arau gak wat kerja nie... polis baru lagi...baru kuar kursus! sangap nak pkai pistol... mmg xcantik la crita nie...harap dpt la settle kes nie... tp knapa kes nie diam n da x kuar berita? cuba bagitaw...


written about 2 years, 12 months ago by keadilan:

keluarga mangsa harus mengambil tindakan yg wajar & menuntut keadilan kerna ini adelah aniaya....mudah2an arwah akn ditemptkn disisi org2 yg soleh amin....


written about 2 years, 12 months ago by kumatts:

Salam hormat,saya doa kan forumer2 dan keluarga sihat sejahtera,beroleh sakinah dan rahmat sepanjang masa. Saya adalah pengeluar dan pengedar produk keselamatan dan pertahanan diri-Pepper spray . Kami juga berkerjasama rapat dengan YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (YPJM), JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW), PERTUBUHAN PEMBANGUNAN REMAJA MALAYSIA (PEREMA) dan KICKSTART STREETWISE SELF DEFENSE ACADEMY (Master Saiful adalah peneraju academy ini) didalam memberi kesedaran dan program mengenai perlakuan jenayah dan pertahanan diri kepada orang ramai melalui agensi dan NGO atau badan milik kerajaan khususnya.Sekiranya ada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila lah hubungi saya. W/salam kumatts 03-42936678 / 0176818199 peppersprayku@yahoo.com PERTAHANKAN DIRI ANDA APA ITU PEPPER SPRAY

Pepper Spray adalah satu alat yang bukan diletakkan di dalam kategori senjata.Ianya direka khas oleh pakar-pakar keselamatan dan ahli sains untuk membolehkan mereka yang terancam menyemburkan alat ini ke muka penyerang atau penjenayah tersebut. Pepper spray ini akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang diperbuat daripada Hot Ceyyene pepper (sejenis spesis cili paling pedas) .yang akan melekat di lapisan kulit muka penyerang atau penjenayah tersebut. Kesan daripada bahan kimia tersebut akan menyebabkan mata penyerang menjadi pedih teramat sangat sehingga hilang penglihatan buat sementara waktu (30-45mint keatas).Peyerang juga akan mengalami masalah sukar bernafas buat sementara waktu kerana bahan kimia tersebut akan menyebabkan tiub bronkiol merasa panas. Secara ringkasnya , pepper spray ini akan mengakibatkan kelemahan anggota system badan penyerang atau penjenayah terbabit yang terdiri daripada mata,kerongkong dan hidung.Dan ini satu berita buruk buat penyerang atau penjenayah terbabit,satu semburan yang tepat ke muka sahaja cukup untuk melumpuhkan keupayaan mereka untuk melakukan jenayah.Ini akan memberikan masa kepada mangsa untuk melarikan diri atau menghubungi pihak berkuasa (polis).

SIAPA YANG PATUT MENGUNAKAN PEPPER SPRAY INI a. Surirumah b. Pengkuat Kuasa seperti RELA/PBT/AADK dan agensi2 Pengkuat kuasa lain. c. Pelajar Pusat Pengajian Tinggi Awam/Swasta d. Pekerja Pejabat e. Pekerja Kilang f. Orang Awam g. Pengawal Keselamatan h. Rukun Tetangga/JKK i. Pemilik kenderaan(disimpan didalam kenderaan)


written about 2 years, 9 months ago by kumatts:

Pepper Spray by kumatts Pepper spray is a superb personal defense solution you need to take into consideration with regard to self-defense. It is effective in a unique manner that isn’t fatal yet debilitating, making you choke, gasp for air, and become blinded, plus more! Something such as this might simply save a person’s life in case you are ever approached by an assailant. One of the primary reasons that pepper spray is indeed well-liked is due to the fact it is very simple to use. There isn’t any learning curve to work it out. All you’ve got to do is switch the safety lever using your thumb plus press the switch all the way down at the same time keeping the sprayer facing the attacker. Another reason why pepper spray is really preferred is due to the efficiency. People like the point that they could be more than a few feet removed from the assailant and still have the ability to apply it to help disable them. Consequently the attacker will not likely get near enough to actually harm you in some manner just before you can get yourself clear. Pepper spray gets results by the usage of an chemical known as oleoresin capsicum, or OC. This particular compound originates from red pepper cayenne. The particular method in which the pepper spray is calculated in hotness is by the SHU, which happens to be the scoville heat units. The SHU associated with a jalapeno pepper is 5000, a habanera pepper is 300,000, and a cylinder of pepper spray boasts ahead rating of about two million!

For more info –peppersprayku@yahoo.com kumatts


written about 2 years ago by xsukapolis:

Aku tumpang bsimpati dgn arwah.tp ape blh buat coz agak ramai polis malaysia ni haprak..bengap..samdol..dan yg sewaktu dgn nya.kalau bawa kes ke mhkamah pun bsr kemungkinan dorg akan tlepas.Salam.