Malaysia Crime Logo

Remaja diperkosa di rumah kosong

1 year, 8 months ago at Hulu Selangor on 16 Sep 2011 reported by Johnny English

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol teman lelakinya di sebuah pangsapuri kosong di Bukit Sentosa, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa keluar bersama teman lelakinya berusia 18 tahun dengan menunggang sebuah motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Dataran Bukit Sentosa, kira-kira jam 3 petang. Sumber berkata, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan oral lebih lima kali oleh teman lelakinya itu di pangsapuri berkenaan. “Bagaimanapun, mangsa merahsiakan kejadian itu sehinggalah kakak mangsa mengesyaki ada perkara yang tidak kena selepas adiknya itu murung dan tiada selera makan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kakak mangsa yang berusia 19 tahun mendesak adiknya itu berterus terang mengenai apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Mangsa menceritakan dia dirogol teman lelakinya di sebuah rumah kosong setiap kali mereka keluar bersama, malah mangsa mendakwa dia suruh memakai pakaian lingerie yang dibeli oleh teman lelakinya. Dia diambil video sambil menyuruhnya melakukan sex oral dan dirogol. Mangsa takut untuk menceritakan kejadian itu kepada sesiapa selepas diugut teman lelakinya itu,” katanya. Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, kakak mangsa terus ke balai polis untuk membuat laporan.

“Polis yang menerima laporan itu menahan suspek yang berasal dari Perak pada hari sama,” kataya.

Update this Crime Report