Malaysia Crime Logo

Wanita dan pasangan ditahan cuba mencuri

3 years, 6 months ago at KOTA BHARU on 11 Nov 2009 reported by Grissom

KOTA BHARU 11 Nov. – Seorang wanita yang bersubahat membantu teman lelakinya mencuri dua buah telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam sebuah lori dibelasah oleh beberapa wanita yang melalui tempat kejadian. Biar pun dibelasah, wanita itu kelihatan tenang malah sempat meminta sebatang rokok daripada orang ramai yang menyaksikan peristiwa di Jalan Temenggung dekat sini itu.

Penahanan wanita itu oleh orang ramai berjaya dirakamkan oleh jurugambar Utusan Malaysia, Zul Hanifa Sidek yang kebetulan melalui jalan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari. Teman lelakinya yang berusia 34 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh orang ramai yang mengejarnya tidak jauh dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika pemandu berusia 26 tahun meninggalkan lorinya untuk berurusan di sebuah kedai berhampiran.

Teman lelaki wanita itu kemudian mencuri dua unit telefon bimbit dari lori tersebut sebelum menyerahkannya kepada wanita itu yang menunggu di atas motosikal. “Bagaimanapun dia tiba-tiba terdengar bunyi enjin lori yang agak kuat. “Sebaik sahaja menuju ke lorinya, pemandu itu ternampak seorang lelaki turun sambil membawa dua telefon bimbitnya bernilai RM1,200 sebelum memberikannya kepada seorang wanita. “Pemandu lori ini kemudian meminta pertolongan orang ramai yang akhirnya berjaya menangkap pasangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Zahruddin berkata, pihak polis masih menyiasat pasangan yang berasal dari Pasir Puteh itu sama ada mereka pernah terlibat dalam jenayah lain atau penyalahgunaan dadah.

Update this Crime Report